SELAMAT DATANG KE TERATAK HAMBA INI

Thursday, August 18, 2011

Kuih Qasidah - Resepi Ibunda yang TakKu lupakan


Kuih qasidah ini adalah warisan dari ibu tercinta. Setiap kali bulan Ramadhan ibu tidak pernah lupa untuk mengadakan kuih ini untuk kami sekeluarga.

Pernah aku sendiri memasak kuih ini ketika berada di oversea kira-kira 20 tahun yang lampau. Aku yang tidak perna masak, tiba-tiba teringin nak makan kuih ini, jadi aku berpakat dengan kawanku, namanya Ramli, dia ni kaki masak. Akhirnya, kami dapat menyediakan juga juadah kegemeranku ini. Bukan sekadar sedap, bahkan dipuji oleh rakan-rakanku di negara tersebut.

Resepi kuih Qasidah.

400 gm.......... tepung gandum
1 liter..............air
150 gm...........gula
4 ulas..............bawang merah
Minyak sapi......untuk goreng bawang
Sedikit garam

Cara membuat
1. Bancuh tepung bersama air dan gula, kacau sehingga sebati.
2. Panaskan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa ( takut hangit )
3. Kacau selalu sehingga 20 minit. macam buat puding jagung.
4. Bila adunan tadi dah berkilat dan tak melekat di tangan, dah masak la tu, boleh di angkat.
5. Tuang adunan dalam bekas yang nipis dan biar sehingga sejuk.
6. Goreng bawang dengan minyak sapi sehingga keperangan, tapis minyak dan taburkan di atas qasidah tadi

Selamat mencuba

US25 Per referral

MoreShare - Free Social Advertising!

Cara Mudah Nak Buat Duit

Why Do You Need To Use This??